20 Dec 2021
Khabar dari Pasukan Pengurusan Chevron Malaysia
Rakan Niaga yang dihormati,
Selamat kembali ke Isu 18 Retail Buzz! Pejam celik, pejam celik, kita telah pun menghampiri ke penghujung tahun 2021 – tahun yang dikenang sebagai tahun penuh musibah dan cabaran, yang mendorong kita semua untuk terus bangkit merencana pelan baru bersesuaian dengan keadaan pasaran semasa. Bila kita selami pengajaran daripada ujian wabak Covid-19 ini, walaupun selama ini kita mampu menangani kejutan pandemik tersebut, namun yang penting ialah kita juga perlu terus menyemai usaha-usaha pemulihan perniagaan pada masa kini seperti kesediaan terhadap perubahan iklim perniagaan agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran mendatang.
Walaupun Chevron sentiasa berada di sisi semua Rakan Niaga bagi menyokong dan membantu pertumbuhan rangkaian runcit mereka, kami menggalakkan semua yang terlibat membuat perancangan yang sejajar untuk memastikan kesinambungan stesen mereka dengan bersikap proaktif menerokai peluang yang wujud untuk mengembangkan perniagaan yang diusahakan. Melabuhkan tirai tahun 2021 dengan haiwan Lembu dalam calendar Cina, marilah kita melipatgandakan usaha merebut peluang perniagaan dengan harapan kita semua dapat menikmati keberuntungan yang lebih baik ketika zodiak Harimau bermula bagi tahun 2022.
Umumnya, terdapat banyak peluang di mana Rakan Niaga dapat mempertingkat lagi pengalaman pelanggan mereka dengan Caltex, contohnya:
- Memastikan pengisian minyak petrol dengan lebih mudah dan cepat melalui promosi CaltexGO (untuk Lembah Klang dan semua kawasan lain pada masa akan datang);
- Memastikan keadaan sekitar dan persekitaran dalaman stesen sentiasa disanitasi dan bersih;
- Memastikan semua peralatan diselenggara dan dalam keadaan baik; dan
- Memberi semangat kepada petugas barisan hadapan untuk sentiasa bersikap sopan dan ramah-mesra pada setiap masa – dan senyum selalu!
Kaedah ini mungkin nampaknya mudah, tetapi ia penting dalam membantu meningkatkan skor Image Stewardship (IS) dan Customer First (CF) di rangkaian stesen kita yang telah merosot baru-baru ini. Mari kita semua menggembleng tenaga untuk meningkatkan imej jenama Caltex dan memastikan semua pelanggan kita berpuas hati terhadap perkhidmatan kita setiap kali mereka meninggalkan stesen kita.
Penting untuk kami tegas sekali lagi bahawa setiap individu di dalam sesebuah organisasi merupakan jentera penting dalam menentukan kejayaan organisasi, dan tanpa sokongan dan kepercayaan anda, kami tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Salah seorang individu yang telah menyokong organisasi kita tanpa mengenal erti putus asa ialah Encik Jeff Tan, Timbalan Pengurus Besar yang baru-baru ini bersara selepas menghabiskan masa selama 29 tahun dengan Chevron. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi penghargaan kepada Jeff atas khidmat cemerlang dan sumbangannya selama hampir 30 tahun serta mengucapkan selamat maju jaya dalam segala yang beliau ceburi di masa depan. Sememangnya, terdapat banyak rakan dan Rakan Niaga yang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Jeff juga – mesej-mesej ini telah dikompilasi dalam satu ciri khas yang boleh anda baca di https://bm.retailbuzz.com.my/news/read/persaraan-bab-baru-untuk-jeff-tan
Dalam pada itu, Chevron turut mengucapkan tahniah kepada Dato' Saw Chang Heng kerana dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Julai 2021, sempena ulang tahun ke-72 YDP. Pengurniaan darjah kebesaran ini bukti sifat kepimpinan anda yang berketrampilan dan kami berharap anda dapat terus menjadi inspirasi kami dengan pencapaian anda.
Pada masa yang sama, melalui projek penyeragaman untuk meningkatkan kehadiran media sosial yang berterusan bagi rangkaian stesen Caltex, Chevron juga mengorak langkah untuk membantu stesen lebih terlibat secara sosial dengan komuniti mereka bagi menggalakkan kehadiran jenama dalam talian Caltex.
Sehubungan itu, Chevron ingin mengucapkan tahniah kepada Caltex Setia Alam dan Caltex Bachang kerana memanfaatkan saluran media sosial stesen mereka untuk mendekati dan menyokong komuniti tempatan mereka. Kisah-kisah ini, beserta dengan sorotan lain dari peruncit kita, dipaparkan dalam segmen Salam Suria terbitan ini – untuk kita menulusuri bersama dan melihat bagaimana dua Rakan Niaga ini telah mendukung sepenuhnya semangat Caltex dan memaparkan kemurahan hati melalui usaha mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat. Maklum balas anda mengenai inisiatif Chevron sentiasa diambil kira, dan oleh itu di tahun 2022 yang mendatang, kami telah merombak kaedah penyampaian Retail Buzz untuk membolehkan anda menerima kemaskini dua minggu sekali mengenai berita terkini dalam rangkaian runcit. Ini bermakna berita suku tahunan yang digunakan sejak 2017 akan mengalami perubahan format, jadi, tunggukan penampilan baru yang akan dilancarkan pada bulan Januari 2022.
Di samping semua ini, kami mempunyai pelbagai inisiatif lain yang telah diaturkan bagi tahun akan datang untuk menyokong anda, Rakan Niaga kami yang dihargai. Seperti biasa, RRC dan BMBC akan bekerjasama rapat dengan anda untuk merencana lembaran dan harapan baru di tahun 2022, ekoran langkah pemulihan kerajaan selepas Covid-19.
Sementara itu, teruskan kekal sihat dan selamat, dan kepada semua yang menyambut hari Natal, Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru.
Faizah Abdul Samad
District Retail Manager, North and East Region
Chevron Malaysia Limited