20 Dec 2021

Persaraan: Bab Baru untuk Jeff Tan

111-01.jpeg

Selama hampir tiga dekad, Jeff Tan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangunkan dan menyokong jenama Caltex telah memanggil Chevron sebagai rumah keduanya. Selepas 29 tahun yang penuh dengan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dengan organisasi ini, beliau akhirnya memulai bab baru dalam hidupnya pada 29 Oktober 2021: dengan melangkah ke fasa persaraan.

111-02.jpeg

Berbekalkan ijazah dalam Kewangan dari Universiti Wichita State, Jeff menyertai Chevron pada tahun 1992. Kepakaran beliau dalam bidang Peruncitan dan Pembangunan Perniagaan menyaksikan Jeff mengambil peranan kepimpinan yang meliputi Malaysia, Singapura dan Kemboja. Beliau memainkan peranan penting dalam membina Perniagaan Runcit di Kemboja apabila beliau ditugaskan di negara itu pada tahun 2004, dan kemudian di Singapura pada tahun 2007 di mana beliau memegang tanggungjawab sebagai Pengurus Projek Pemenuhan Pesanan Rantau Asia Pasifik.

111-03.jpeg

Perjalanan Jeff dengan Chevron diwarnai dengan pelbagai pencapaian serta hubungan yang dibina selama beberapa dekad, dan dalam e-mel rasmi perpisahannya, beliau berkongsi, "Meskipun tugas rasmi saya mungkin berakhir di sini, namun yang pasti, persahabatan kita bukanlah tamat di sini jua. Secara jujurnya, kerjasama dan ketabahan anda untuk menjayakan sesuatu, menjadikannya saat-saat terbaik saya semasa di Chevron.

111-04.jpeg

Dengan itu, tidak hairanlah bahawa ramai yang berkesempatan untuk bekerja dengan Jeff sama ada sebagai rakan sekerja atau rakan kongsi juga ingin menyampaikan sepatah dua kata-kata perpisahan baginya. Mari kita mengamati perkongsian daripada mereka dan mengenali Jeff Tan dari perspektif orang-orang yang telah menjadi sahabatnya sekian lama.

1. Dato' Saw Chang Heng dan Cik Saw Siam Ching dari Pen Petroleum Sdn Bhd

"Jeff Tan Meng Yih merupakan salah seorang pemimpin Chevron yang paling dihormati dan kami amat segani. Kewibawaan beliau yang penuh dengan integriti dan keadilan ditambah dengan pendekatan penyelesaian masalah beliau sepanjang kerjasama kami benar-benar mengagumkan dan tidak ternilai. Kami di Pen Petroleum mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bimbingan beliau sepanjang perjalanan kami sebagai Pemasar Berjenama dengan Chevron.

Doa terbaik untuk Jeff Tan, seorang sahabat dan pemimpin yang hebat sekali!”

2. En. Donny Tey dari Stesen Servis Bee Guan, Johor

Persahabatan Donny dan Jeff sudah terjalin sejak berabad-abad lamanya, dari waktu Jeff mula bekerja dengan Chevron dan ketika Jeff masih dalam zaman bujangnya. Oleh itu, apabila Jeff berkahwin, Donny sangat berbesar hati untuk menyertai staf Chevron lama yang lain seperti TC Khoo dan Jeremy Oh di majlis perkahwinannya di Mentakab, Pahang.

Dari segi profesionalisme, Donny menghargai sokongan dan galakan Jeff yang tidak pernah luntur sama sekali - beliau sentiasa menggalakkan mereka untuk memberikan yang terbaik dan berusaha untuk menjadi stesen terbaik di peringkat nasional, serta selalu bersedia berkongsi cadangan tentang cara meningkatkan jualan, perkhidmatan pelanggan dan banyak idea lagi.

Menyifatkan Jeff sebagai seorang yang ‘down-to-earth’, Donny secara terang-terangan berkata "Rugi jika kita kehilangan beliau" dan mendoakan yang terbaik bagi kesihatan Jeff, sambil menambah bahawa mereka akan merinduinya.

Sebagai kata-kata perpisahan terakhir kepada Jeff, Donny berkata: "Ingatlah untuk melawat rakan lama anda apabila anda mempunyai masa dan bila anak anda berkahwin, ingatlah untuk menjemput saya”.

3. Nick Shankar dari Scholfield Sdn Bhd

Nick pertama kali bertemu dengan Jeff selepas beliau kembali dari Kemboja dan Pemasar Berjenama seperti Scholfield berada di bawah portfolionya.

Tidak lama kemudian, mereka sudah pun menjadi kawan baik, dengan Nick mengatakan bahawa Jeff banyak mengajarnya semasa perjalanan NTI mereka untuk meneliti tapak stesen, contohnya: cara menilai tapak, cara membuat kiraan lalu lintas, dan bagaimana untuk memutuskan sama ada sesuatu tapak berdaya maju atau boleh dilaksanakan.

Disebabkan kerap terlibat dalam mesyuarat prestasi dan penglibatan lain dengan Jeff, Nick mendapati Jeff sentiasa bersedia untuk mengajar, berkongsi, membimbing dan membantu pasukan Scholfield, dan Nick benar-benar menghargai pendekatan jujur dan secara terang-terangan Jeff ketika berurusan dengan mereka.

Satu fakta menarik yang dikongsi oleh Nick ialah Jeff dapat mengingati nama setiap ahli pasukan Scholfield, dan pasukan itu hanya mempunyai kata-kata yang baik baginya. Nick dan pasukannya berasa bahawa ia adalah satu kerugian besar selepas persaraan. Biarpun begitu, mereka akan tetap terasa kehilangan Jeff dan mendoakan persaraan yang bahagia buat beliau.

4. Tuan Haji Jalil Selamat dari Stesen Perkhidmatan JS dan Stesen Servis Batu Empat, Johor

Kenangan ketika Jeff mengawasi wilayah Selatan di bawah portfolionya dan Chang Swee Wah yang masa itu RBC muda yang melapor kepada Jeff masih lagi kekal di fikiran Tuan Haji. Beliau selalu mendapati Jeff amat mudah didekati serta mudah untuk dihubungi setiap kali perkara mendesak timbul semasa RBC mengambil cuti kerja.

Pendekatan profesional Jeff dalam kerjayanya membuatkan segala urusan kerja dengannya berjalan dengan lancar, walaupun Tuan Haji masih sempat bergurau dan menambah bahawa "Anda akan tahu apabila Jeff tidak berpuas hati dengan sesuatu, perkara ini akan dipamerkan di wajahnya dan beliau menambah lagi, "tetapi tidak akan ada serangan peribadi. Niatnya sentiasa baik dengan memberi tumpuan kepada produktiviti stesen, jualan dan lain-lain”.

Malah, katanya Jeff juga akan singgah di stesen pada bila-bila masa apabila beliau berkesempatan, walaupun ia hanya untuk seketika. Sebagai Rakan Niaga, Tuan Haji menerangkan Jeff seorang pendengar yang baik dan bersedia menerima pendapat dan cadangan daripada Rakan Niaga.

111-05.jpeg

Dengan hati sanubarinya masih dengan Chevron, Jeff masih menyimpan nombor telefon bimbit yang sama, jadi jangan tunggu menghubunginya untuk menghantar doa terbaik anda dan sama-sama mengenang kembali saat-saat masa dahulu bersama - terutamanya apabila Jeff kini mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan melalui sesi teh tarik dengan anda semua.

111-06.jpeg

Berikut adalah kata-kata perpisahan terakhir daripada Jeff: "Ketika mengejar impian dan aspirasi anda, ingatlah untuk berhenti seketika dan menghayati bunga mawar!"