14 Mar 2023
Kempen Kandungan Retail Buzz 2023
Chevron Malaysia melancarkan Kempen Kandungan Retail Buzz 2023 untuk semua Rakan Niaga berdaftar untuk memenangi hadiah wang tunai dan baucar hadiah yang menarik. Tempoh kempen adalah selama 6 bulan bermula 1 April 2023 sehingga 30 September 2023.
Dengan kempen ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran portal Retail Buzz di kalangan pemilik stesen dan krew mereka melalui kandungan menarik dan berkualiti dari rangkaian stesen Caltex.
Penyertaan dalam kempen ini sangat mudah, kilk pautan di bawah untuk Terma & Syarat dan Soalan Lazim (FAQ). Cerita atau kandungan hanya perlu dihantar melalui Borang rasmi Kempen Kandungan Retail Buzz di https://tinyurl.com/RBContentCampaign.
Klik pada pautan di bawah untuk:-
Chevron Malaysia akan menganjurkan dua sesi taklimat secara dalam talian pada tarikh berikut - 23 Mac 2023, Khamis dan 24 Mac 2023, Jumaat.
Sila rujuk kepada e-mel dan WhatsApp anda daripada Chevron Malaysia mengenai taklimat ini.