14 Feb 2022

WIRA CALTEX - Soalan Lazim

1. Apakah Kempen WIRA CALTEX?

WIRA CALTEX adalah peraduan suku tahunan untuk semua krew stesen berdaftar, sepenuh masa dan separuh masa, untuk memenangi baucar hadiah dan sijil pemenang yang bernilai. Peraduan suku tahunan ini dianjurkan oleh Chevron Malaysia Limited untuk membantu krew barisan hadapan dilengkapi dengan promosi terkini dan maklumat operasi stesen yang penting.

2. Bagaimanakah WIRA CALTEX memberi manfaat kepada saya sebagai krew?

Krew akan diberi ganjaran dan pengiktirafan untuk memajukan prestasi mereka di stesen. Krew berpeluang menjadi pemenang berturut-turut jika mereka cekap dan rajin untuk mengambil bahagian secara konsisten dalam Kempen WIRA CALTEX. Berita mengenai pemenang hadiah pertama akan juga dipaparkan dalam Retail Buzz.

3. Apakah pra-pendaftaran untuk WIRA CALTEX?

Pra-pendaftaran untuk kempen ini adalah untuk memastikan semua peserta bersedia untuk bermula pada 1 April 2022 apabila WIRA CALTEX - Suku 2, 2022 dilancarkan. Pra-pendaftaran akan bermula dari 15 Feb 2022 dan berakhir pada 15 Mac 2022 di www.retailbuzz.com.my

4. Adakah saya memenangi apa-apa jika saya pradaftar untuk WIRA CALTEX?

YA, 800 pendaftar yang pertama akan memenangi hadiah wang tunai. Lebih RM2,000 akan diberikan kepada pemenang. Pemenang akan diumumkan pada 1 April 2022 di www.retailbuzz.com.my. Hadiah akan dihantar terus kepada pemenang melalui Rakan Niaga / Pengurus Stesen.

5. Adakah krew yang baru layak menyertai WIRA CALTEX?

Semua krew baru stesen (sepenuh masa dan sambilan) layak untuk mendaftar dan menyertai Kempen WIRA CALTEX selepas pengesahan status oleh Rakan Niaga atau Pengurus Stesen.

6. Bagaimanakah saya mengambil bahagian dalam Kempen WIRA CALTEX?

Ianya sangat mudah dengan 3 langkah ini.

  1. Imbas Kod QR pada poster untuk pergi ke bahagian Kempen WIRA CALTEX di laman web Retail Buzz. (atau pergi ke www.retailbuzz.com.my dan klik pada banner WIRA CALTEX di halaman utama)
  2. Masukkan nombor telefon bimbit anda* (untuk mengesahkan anda telah berdaftar)
  3. Jawab soalan mudah yang dipaparkan**

Klik HANTAR untuk dapatkan pengesahan bahawa jawapan anda telah diserahkan.

Nota:

*Jika anda tidak berdaftar, anda akan diminta untuk mendaftar dengan nombor WhatsApp

** Soalan baru muncul setiap hari dari Isnin hingga Jumaat dan sah dari 12:00 pagi (00:00) hingga 11:59 malam (23:59). Tiada soalan pada hari Sabtu dan Ahad.

7. Apakah jenis soalan yang boleh saya jangkakan?

Setiap soalan akan mempunyai beberapa pilihan jawapan untuk anda pilih. Ianya MUDAH dan berkaitan dengan pekerjaan anda di stesen dan dari promosi yang dijalankan oleh Chevron Malaysia Limited dan rakan kongsinya di stesen-stesen seluruh negara.

Sebagai contoh, berapakah pulangan tunai untuk promo semasa CNY Shopee Pay Cashback? (A) RM1 (B) RM100 (C) RM8

8. Di manakah saya boleh mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan WIRA CALTEX?

Anda boleh mendapati jawapan dari laman web Retail Buzz (www.retailbuzz.com.my), laman web rasmi Caltex (www.caltex.com.my) dan halaman media sosial Caltex Malaysia, bahan latihan / senarai semak anda, atau dari mana-mana poster promosi terkini. Anda juga boleh bercakap dengan Rakan Niaga / Pengurus Stesen anda untuk bimbingan.

9. Bolehkah saya menjawab soalan lebih daripada sekali pada hari yang sama?

Tidak, setiap peserta hanya boleh menjawab soalan dan menghantar SEKALI setiap hari. ID anda dikaitkan kepada nombor telefon anda. Jika anda tidak pasti dengan jawapan anda, carikan jawapan sebelum pulang ke laman web untuk menghantar jawapan anda.

10. Adakah saya akan dimaklumkan apabila soalan untuk hari itu disiarkan?

Tidak, notifikasi tidak akan dihantar melalui WhatsApp apabila soalan baru diterbitkan. Peserta hanya perlu pergi ke laman web Retail Buzz sebelum 11.59 setiap malam dari hari Isnin hingga Jumaat, mulai 1 April 2022 untuk melihat soalan dan jawapan.

11. Bagaimanakah saya memastikan saya tidak terlepas soalan hari tersebut?

Sediakan satu rutin. Sebagai contoh, setiap pagi sebelum anda minum kopi, pergi ke Retail Buzz dan jawab soalan sebelum anda minum kopi anda.

12. Jika saya tidak fasih membaca Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, apa yang perlu saya lakukan untuk menyertai WIRA CALTEX?

Jika anda tidak fasih dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, kami mencadangkan anda menyalin teks dari laman web WIRA CALTEX dan menerjemahkannya menggunakan mana-mana aplikasi terjemahan atau laman web. Contoh laman web terjemahan adalah:- https://translate.google.com.my dan https://www.bing.com/translator. Ia juga peluang yang baik untuk anda meningkatkan pemahaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia anda.

13. Bolehkah saya berkongsi jawapan dengan rakan saya?

Tidak, anda tidak dibenarkan berkongsi jawapan dengan rakan anda. Sesiapa yang ditangkap menipu atau berkongsi jawapan akan hilang kelayakan serta-merta untuk Kempen WIRA CALTEX suku tersebut.

14. Bolehkah saya menghantarkan jawapan bagi rakan sekerja saya jika dia sedang bercuti?

Tidak, setiap peserta tidak boleh menghantarkan jawapan untuk orang lain. Peserta yang sedang bercuti boleh terus ke laman web Retail Buzz (www.retailbuzz.com.my) dan klik pada banner WIRA CALTEX di halaman utama. Ia akan mengarahkan dia kepada soalan hari tersebut. Sesiapa yang ditangkap menghantarkan jawapan bagi pihak orang lain akan melihat kedua-dua pihak hilang kelayakan serta-merta untuk Kempen WIRA CALTEX suku tersebut.

15. Adakah semua soalan mempunyai bilangan mata yang sama?

Tidak, mata yang diberikan akan berbeza kerana soalan setiap hari ditarik keluar secara rawak daripada sistem. Mata hanya diberikan kepada jawapan yang betul. Secara amnya, soalan yang lebih sukar akan mempunyai mata yang lebih tinggi. Ini membolehkan peserta memperolehi mata tambahan untuk melanjutkan kedudukan mereka atau memenangi mata tambahan untuk mengejar pemimpin dalam kempen.

16. Apakah hadiah untuk pemenang WIRA CALTEX?

Setiap suku, 10 peserta dengan mata tertinggi akan dipilih sebagai pemenang WIRA CALTEX. Pemenang akan menerima seperti berikut:-

Hadiah Pertama (x1) - baucar hadiah RM200, sijil dan lencana hadiah pertama, cerita kemenangan dalam Caltex Retail Buzz

Hadiah Kedua (x1) - baucar hadiah RM150, sijil dan lencana hadiah 10 teratas

Hadiah Ke-3 (x1) - baucar hadiah RM100, sijil dan lencana hadiah 10 teratas

Hadiah Ke-4 (x1) - baucar hadiah RM50, sijil dan lencana hadiah 10 teratas

Hadiah Ke-5 (x1) - baucar hadiah RM30, sijil dan lencana hadiah 10 teratas

Saguhati (x5) - baucar hadiah RM20, sijil dan lencana hadiah 10 teratas

17. Bolehkah saya menangi WIRA CALTEX lebih daripada sekali dalam setahun?

Ya, anda boleh menjadi pemenang untuk Kempen WIRA CALTEX setiap suku tahun. Tiada had dalam berapa kali anda boleh menang.