25 May 2022

(Video) TP Synergy Sdn Bhd: Idea LSM Kreatif

Pasaran yang kompetitif masa kini memerlukan perniagaan untuk lebih kreatif dalam menarik perhatian pelanggan mereka. Di Chevron, kami menggalakkan Rakan Niaga untuk selalu membina hubungan dengan komuniti di kawasan perniagaan mereka dengan pelbagai program Pemasaran Kedai Tempatan (LSM).

Salah seorang Rakan Niaga Wilayah Selatan - TP Synergy Sdn Bhd yang mengendalikan Stesen Caltex Pasir Gudang menghasilkan idea baru untuk kalendar 2021 mereka. Mereka mencetak kalendar yang berkupon di mana pelanggan boleh menggunakan kupon untuk produk Caltex atau untuk hadiah percuma.

Idea kreatif sebegini akan membantu stesen meningkatkan jualan di “forecourt” dan juga di kedai serbaneka stesen. Kami tahu ramai Rakan Niaga mempunyai idea kreatif yang telah mereka laksanakan selama ini. Kongsilah inisiatif anda dengan kami di Retail Buzz. Kami ingin mengiktiraf kerja hebat yang anda lakukan serta memberi peluang kepada Rangkaian Caltex untuk belajar daripada satu sama lain.

Terima kasih sekali lagi kepada TP Synergy Sdn Bhd kerana berkongsi inisiatif ini. Untuk Rakan Niaga yang lain, berikut ialah beberapa gambar tambahan kalendar berkupon. Anda boleh mula merancang untuk kalendar stesen anda sendiri juga.

photo of calendar.jpg

photo of calendar 1.jpg