14 Apr 2025
(Video) Sutera Matra - Latihan Penolong Pertama Bertauliah
Pada 27–28 Februari 2025, Sutera Matra Sdn Bhd telah menganjurkan Latihan First Aider Bertauliah di Ames Hotel, Melaka, yang disertai oleh Rakan Niaga Caltex dari Wilayah Tengah dan Selatan.
Antara syarikat yang menyertai program ini termasuk WKC Service Station, Teratai Syabas, Ample Value, Uniqtacs, Caltex (Muar), Wellmart Petroleum, Eng Soon Service Station, PBJ Trading, Ristiqa PD Service, Kian Lee & Sons, Syarikat Usahawan Palong, Gammastar Service Station dan Bir Ha Management.
Latihan selama dua hari ini memberi pendedahan kepada kemahiran penting seperti CPR, penggunaan AED, serta rawatan asas kecemasan untuk luka, patah, dan kebakaran. Semua peserta menerima pengiktirafan sebagai First Aider Bertauliah selepas tamat latihan.
Usaha ini merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan.