13 Oct 2022
(Video) Sorotan: Konvensyen Rakan Niaga Chevron 2022
Selepas tergendala selama tiga tahun akibat COVID, Konvensyen Rakan Niaga Chevron 2022 merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Konvensyen tahun ini menetapkan rekod pendaftaran dengan jumlah 480 peserta dan penyertaan 86% rangkaian stesen!
"SERVICE EXCELLENCE MINDSET" oleh penceramah jemputan - Alfred Netto dan penceramah Chevron yang lain mengingatkan kita semua betapa pentingnya minda kecemerlangan perkhidmatan untuk pengalaman pelanggan yang positif.
Beberapa perkara utama dari konvensyen.
- Kita perlu berusaha untuk MENCIPTA NILAI dan menyediakan PERKHIDMATAN "UNBELIEVABLE", tahap tertinggi untuk meyakinkan pelanggan kami supaya mereka terus kembali!
- Mengawasi masa depan kita. Kita perlu terus fokus kepada masa depan dan ini termasuk bergerak dengan KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN DIGITALISASI yang akan menambah nilai kepada tawaran yang diberikan kepada pelanggan kami.
- KOMITMEN UNTUK BERKEMBANG - Perniagaan tidak akan berkembang dengan sendirinya dan memerlukan komitmen kesemua parti. Oleh itu, kita perlu memberi tumpuan untuk mengembangkan pelaburan kita, rangkaian kita, jumlah / jualan kita dan juga keupayaan individu kita sendiri. Dan tidak dilupakan, kita perlu mengingati komitmen untuk mengembangkan JENAMA!
- KITA BOLEH MELAKUKANNYA!
Latihan idea dengan para hadirin mengenai idea-idea perkhidmatan “DESIRE, SURPRISING & UNBELIEVABLE” yang boleh dilaksanakan membawa banyak idea yang menarik dan baru. Klik pada fail IDEAS.pdf ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Tahniah diucapkan kepada Pemenang Anugerah yang memenangi "StarCard Valued Customer 2022" dan "Q2 All-Stars".
Klik di sini untuk senarai pemenang!
StarCard Valued Customer Award.pdf
Mari kita lihat detik-detik dan kenangan yang dicipta di konvensyen kali ini. Klik pautan dibawah untuk menikmatinya.
Pautan Foto 1 (Untuk memuat turun imej, letakkan e-mel anda dan masukkan PIN 1795)
Sorotan Video
“Shout-out” kepada jawatankuasa penganjur, penyampai/penceramah, Pasukan Runcit, NBAS dan StarCard serta semua tetamu terhormat kami yang menjadikan konvensyen ini satu realiti selepas kuat berusaha berbulan-bulan.