26 Mar 2025
(Video) Scholfield Sdn Bhd - Acara Pelaburan Sosial
25 Februari 2025, Selasa - Scholfield Sdn Bhd baru-baru ini telah menganjurkan acara pelaburan sosial "Back-to-School" di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Simpang Pulai, Perak.
Dalam program ini, 50 hamper yang mengandungi keperluan sekolah telah disumbangkan kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap hamper mengandungi beg sekolah, botol air, bekas makanan, set geometri, set alat tulis, pensel warna, kertas kajang, buku latihan, fail pengurusan, pita pembetulan, dan penyerlah, bagi membantu pelajar memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia.
Selain daripada sumbangan tersebut, guru-guru turut dibantu dalam mendaftar aplikasi Caltex Rewards dengan sokongan daripada Rakan Niaga En. Kamaruddin Atan dan wakil Caltex, Cik Marsha dari Stesen Minyak Usaha Majumewah, Simpang Pulai, Perak.
Acara ini merupakan satu inisiatif bermakna dalam menyokong para pelajar serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.