15 Aug 2024
(Video) Karnival Celik Kewangan
26 Mei 2024, Ahad – Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd, sebagai penaja utama, bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan KWSP telah berjaya menganjurkan Karnival Celik Kewangan, di mana mereka mengambil peluang untuk berkongsi tentang Caltex Rewards dan SKDS di Dewan Sultan Ibrahim UTHM.
Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Sri Gading dan dihadiri oleh tetamu yang dihormati termasuk wakil UTHM, Pengarah Wilayah Selatan KWSP, Pengarah Scholfield Sdn Bhd, wakil dari Chevron Malaysia, staf UTHM, mahasiswa dan pelajar sekolah menengah berdekatan.
Semasa karnival tersebut, Rakan Niaga Rahmat Aktif Trading membuka booth Caltex Rewards dengan bantuan staf dari JS Service Station dan Batu Empat Service Station. Booth ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan lebih 330 orang mendaftar untuk Caltex Rewards. Selain daripada booth Caltex Rewards, pihak stesen juga membuka kaunter SKDS dan kaunter jualan minyak pelincir yang menjana jualan hampir RM500.
Di samping itu, Scholfield Sdn Bhd menyumbang RM5,000 sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu 500 pelajar B40 UTHM mendaftar sebagai pencarum KWSP. Scholfield mengutamakan inisiatif program CSR, Caltex Rewards dan SKDS untuk mengukuhkan jenama CALTEX sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd mengucapkan terima kasih atas sokongan kepada pengurusan Chevron Malaysia, RBC En Wan Shamsul, RBC Cik Ila Naquia, Cik Athirah - Starcard, En Khoo Kiat Siong - BC Lubricant, Rakan Niaga En Mohd Fauzan serta staf yang telah menjayakan karnival ini.