30 Aug 2023

(Video) Program ‘Jom Bersama-Sama 2023 - Level Up CaltexKu’

Pen Petroleum_BM.png

Pada bulan Julai, Pemasar Berjenama Pen Petroleum Sdn Bhd telah menganjurkan program "Jom Bersama-Sama 2023 - Level Up CaltexKu" di Perlis, Kedah, Kelantan dan Kelantan. Program ini telah dihadiri oleh 150 Rakan Niaga dan wakil CSR dari 85 stesen dari rangkaian Pen Petroleum.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi panduan komprehensif kepada Rakan Niaga mengenai arah strategik yang perlu diberi tumpuan dalam perniagaan stesen minyak. Usaha kolektif ini akan memacu pertumbuhan yang menguntungkan, mencapai kecemerlangan operasi serta mengutamakan inisiatif CRM seperti "1 Liter 2 Mata" dan Caltex Rewards.

Penceramah dari Chevron Malaysia dan agensi kerajaan seperti KPDN, JKKP, PDRM, dan BOMBA berkongsi pelbagai pandangan dan amalan “industry best practices” kepada Rakan Niaga dan para CSR. Pengetahuan yang diperolehi akan membolehkan mereka mengoptimumkan proses secara konsisten dan memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi.

Antara topik yang dikongsikan dalam program ini termasuk:

• Pematuhan & Penguatkuasaan Lesen PDA, Lesen CSA dan Permit Khas

• Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

• Program Pematuhan DOSH untuk Rakan Niaga Caltex

• Go-To-Safety-Point (GTSP)

• Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

• Penggunaan Alat Pemadam Api

• Keselamatan dan Rawatan Kecemasan

Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pen Petroleum Sdn Bhd kerana menganjurkan program ini.