13 May 2025
(Video) Pen Petroleum - Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Caltex Bedong
26 Januari 2025, Ahad – Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Caltex Bedong dengan kerjasama JPJ Kedah. Program ini berlangsung menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada pegawai JPJ, kakitangan Pen, peruncit serta pemandu dan penunggang tempatan.
Objektif utama program ini adalah untuk mendidik pengguna jalan raya tentang kepentingan peraturan lalu lintas dan untuk mengelakkan kesalahan lalu lintas seperti:-
- Memandu melebihi had laju
- Memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat
- Melanggar lampu isyarat merah
- Memotong barisan di garisan berkembar
- Memandu di lorong kecemasan
- Memotong barisan
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar
- Memandu kenderaan yang melebihi muatan
Sepanjang program berlangsung, ramai penunggang motosikal didapati tidak memakai topi keledar atau memakai topi keledar yang tidak mematuhi piawaian keselamatan. JPJ telah bertindak dengan mengedarkan topi keledar standard kepada mereka yang memerlukan. Minyak enjin percuma dan vest keselamatan reflektif turut diberikan bagi menggalakkan amalan pemanduan selamat.
Terima kasih kepada JPJ Kedah dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.