14 Aug 2023
(Video) Meraikan Kerja Keras
5 Julai 2023, Rabu - Ia merupakan hari istimewa bagi Syarikat Swee Lee Trading Sdn Bhd untuk diingati dan meraikannya. Chevron menganjurkan sesi pemutus seri secara dalam talian bagi kempen Wira Caltex Suku 2, 2023 di mana 32 finalis bersaing untuk merebut hadiah “top 10”.
Walaupun sesi pemutus seri amat sengit tetapi krew Syarikat Swee Lee Trading masih berjaya memenangi 6 daripada 10 hadiah utama. Kemuncak bagi mereka adalah bahawa Hallehan menjadi juara lagi!
Pemasar Berjenama Sutera Matra dan pihak pengurusan stesen memutuskan untuk meraikan kejayaan semua pemenang di Penuh Café setelah mendengar berita yang gembira ini. Bufet makan tengah hari yang lazat dihidangkan dan Sutera Matra juga memberi hadiah istimewa pek “duit raya” penghargaan sebanyak RM100 kepada setiap pemenang. En. Eddie juga mengambil kesempatan untuk menggalakkan dan memberi motivasi kepada krew supaya sentiasa mengekalkan standard, kebersihan, perkhidmatan terbaik dan imej baik stesen.
Syarikat Swee Lee Trading juga berkongsi bahawa kempen Wira Caltex merupakan satu program pembelajaran dan pembangunan krew yang berjaya. Setelah mengambil bahagian dalam kempen Wira Caltex sejak beberapa suku yang lalu, pengurusan stesen mendapati krew kini lebih berpengetahuan mengenai produk dan mereka mempunyai lebih keyakinan untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Selain daripada itu, kempen ini juga berfungsi sebagai satu bentuk pengiktirafan kerana ia menghargai krew sebagai barisan hadapan dan duta jenama Caltex.
Sekali lagi, Chevron mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Wira Caltex kerana membuat stesen mereka bangga.