14 Sep 2023
(Video) Kempen Caltex Rewards di Triumph San Ventures Sdn Bhd
5 Julai 2023, Rabu - Triumph San Ventures Sdn Bhd telah menganjurkan kempen 1 hari untuk meningkatkan kesedaran pelanggan sedia ada tentang Caltex Rewards dan menggalakkan lebih ramai pendaftaran untuk program kesetiaan tersebut.
Ketika tempoh kempen ini, kakitangan stesen bekerjasama dengan pasukan Caltex Rewards untuk menerangkan faedah program kesetiaan kepada pelanggan dengan cara yang bersopan santun dan jelas. Pelanggan yang mendaftar untuk Caltex Rewards diberikan model Batmobile, cangkuk tempat duduk kereta Caltex atau barangan IKEA.
Selain daripada itu, makanan dan minuman turut disediakan kepada pelanggan pada hari tersebut. Untuk menceriakan lagi suasana, badut yang diupah oleh stesen memberikan belon-belon kepada kanak-kanak dan muzik ceria dimainkan untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan untuk ibu bapa dan anak-anak mereka.
Dengan usaha berdedikasi daripada kakitangan stesen dan pasukan Caltex Rewards, mereka berjaya mencapai sasaran kempen mereka iaitu 100 pendaftaran untuk kempen tersebut!
Chevron mengucapkan terima kasih kepada Triumph San Ventures Sdn Bhd kerana menganjurkan kempen ini untuk mempromosikan Caltex Rewards dan pasukan Caltex Rewards atas bantuan untuk menjayakannya.