29 Jun 2023
(Video) Caltex Delo di METALTECH 2023
Chevron baru-baru ini mengambil bahagian dalam edisi ke-27 METALTECH dan AUTOMEX, pameran utama Malaysia untuk peralatan mesin, kerja logam dan automasi sebagai Penaja Rasmi “Lanyard” dan sebagai peserta pameran. Pameran B2B empat hari ini bermula dari 31 Mei 2023 dan berakhir pada 3 Jun 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Nombor pelawat menyaksikan peningkatan sebanyak 44.8% berbanding 2022, dengan 18,234 pelawat dari 49 negara. Sebanyak 812 syarikat dari 19 negara mengambil bahagian mempamerkan teknologi dan solusi terbaru di acara ini, termasuk pavilion negara dari Jerman, China, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura.
Jom tontoni montaj foto booth Caltex Delo di pameran METALTECH.