29 May 2023
TCP LSM Q1 2023 - Kempen “Pam & Menang” (Rangkaian Sutera Matra)
Pemasar Berjenama, Sutera Matra Sdn Bhd telah menganjurkan kempen Pam & Menang dari 20 Februari 2023 sehingga 26 Mac 2023. Dengan pembelian minimum RM40 bahan api Caltex, pelanggan Caltex berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi Techron® Concentrate Plus.
Sebanyak 27 stesen dari rangkaian Sutera Matra telah mengambil bahagian dalam kempen ini dan 5 pemenang bertuah dipilih setiap minggu selama 5 minggu berturut-turut.
Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Sutera Matra dan semua stesen yang mengambil bahagian serta tahniah kepada pemenang cabutan bertuah.