29 Mar 2022
(Video) Tahniah Segmen Juta atas ulang tahun ke-10!
Hujan tidak mematahkan semangat dan kemeriahan di stesen Segmen Juta di Klang. Pada 22.1.22 (secara kebetulan tarikh yang sama dengan pelancaran semula Retail Buzz. Ianya mesti tarikh yang baik!), stesen Segmen Juta menyambut ulang tahun yang ke-10 secara besar-besaran dengan sajian yang enak belaka seperti, mihun goreng, kek, Krispy Kreme dan sebagainya. Pada masa yang sama, mereka turut mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan turun padang CaltexGO untuk pelanggan mereka. Di samping itu, Segmen Juta turut menyampaikan hadiah untuk pertandingan mewarna kanak-kanak dan promosi ‘Pam Minyak dan Menang’ dengan hadiah menarik termasuk ‘air fryer’ dan TV!
Kami juga bangga kerana rakan niaga dari stesen lain serta salah seorang pengedar minyak pelincir, Chop Yew Lee, turut hadir memberi sokongan mereka. Ms Anna dari Paramount Service Station Sdn Bhd malah mengalunkan beberapa lagu untuk kami! Tidak lupa juga En Azemi dari Mieza Services Enterprise yang hebat menjalankan tugas sebagai hos dan juruacara pada hari tersebut.
Tidak perlu dinafikan, stesen itu menjadi sarang aktiviti pada hari tersebut.
Kepada En Lee dan Lois, terima kasih kerana memilih Caltex dalam perusahaan pertama anda dalam perniagaan stesen minyak. Seperti yang anda nyatakan, 10 tahun akan datang pasti lebih gempak!
Tahniah sekali lagi!