30 Aug 2023
StarCard: Penjana Kejayaan Dalam Perkembangan Pelanggan
Seperti Rakan Niaga lain yang mempromosikan StarCard kepada pelanggan komersial mereka, Rakan Niaga Encik Isaac Tan dari JS Stesen Sdn Bhd baru-baru ini berkongsi pengalamannya tentang bagaimana mempromosikan StarCard secara aktif membantu meningkatkan pertumbuhan pelanggan untuk perniagaannya.
Di samping menyediakan kemudahan dan peralatan stesen yang baik untuk pelanggan, dia tahu ia memerlukan lebih daripada itu untuk mengekalkan pangkalan pelanggannya. Encik Tan dan pasukannya mula aktif mengenal pasti pelanggan komersial mereka dan mempromosikan StarCard kepada mereka dengan tujuan untuk meningkatkan penjualan diesel stesen. Sambil stesen meraih faedah kerja keras, dia juga menerima pujian daripada pengguna StarCard mengenai manfaat program ini dan mereka juga telah mengesyorkan StarCard kepada rakan perniagaan mereka.
Encik Isaac Tan mengucapkan terima kasih kepada Chevron dan Pen Petroleum atas sokongan mereka dalam menjayakan program StarCard yang telah membantu dalam pertumbuhan perniagaannya.