14 Feb 2022
Smart SD - Pelaporan Pintar Untuk Stesen
Dilancarkan pada Dis 2021, Smart SD menyediakan Rakan Niaga cara alternatif untuk melaporkan sebarang isu Sistem POS dan Pembayaran.
Selaras dengan usaha pendigitalan untuk melayani rangkaian stesen kami dengan lebih baik, Rakan Niaga boleh melapor atau mendapatkan kemas kini dengan aplikasi vendor kami - Strateq yang boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.
Aplikasi ini saling melengkapi proses pelaporan melalui panggilan telefon. Tak payah tunggu di talian! Rakan Niaga yang menghadapi masalah dengan aplikasi atau memerlukan bantuan menggunakan aplikasi Smart SD boleh terus menghubungi Stateq di 03-78903987