25 Jul 2023

Sesi Orientasi dan Penyegaran GTSP - Pen Petroleum Sdn Bhd

Pen_Thumbnail_BM.png

4 Julai 2023, Selasa -- Pemasar Berjenama Pen Petroleum Sdn Bhd telah menganjurkan mesyuarat tahunan bertemakan “Jom Bersama-sama Perlis 2023” dengan Rakan Niaga Perlis. Untuk program tahun ini, Pen Petroleum turut menganjurkan sesi penyegaran Go-To-Safety-Point (GTSP) untuk 2 stesen yang telah berdaftar dan sesi pengenalan untuk 6 stesen yang belum mendaftar untuk program GTSP.

Diterajui oleh PDRM, sesi penyegaran GTSP membolehkan stesen servis yang mengambil bahagian bertindak sebagai tempat selamat untuk orang ramai dan memberi bantuan dari segi:

  • Kawasan rehat untuk mangsa;
  • Tempat untuk menenangkan mangsa dan memberi rawatan asas awal;
  • Tempat untuk menghubungi PDRM, bomba, hospital atau agensi lain yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan segera

Selepas sesi penyegaran, beberapa ceramah bermaklumat telah disampaikan oleh wakil daripada pasukan StarCard Chevron, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Hari tersebut berakhir dengan demonstrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Perlis.

Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pen Petroleum Sdn Bhd kerana menganjurkan inisiatif ini untuk para Rakan Niaga.

Sesi GTSP - Pen Petroleum Sdn Bhd