12 Sep 2025
Selamat datang kepada - Stesyen Minyak BK Sdn Bhd
20 Julai 2025, Ahad – Chevron mengalu-alukan Stesyen Minyak BK Sdn Bhd ke dalam rangkaian Caltex di Malaysia. Terletak di Jalan Tun Hamzah – Bukit Katil, stesen Caltex terbaru di Melaka Tengah ini dilengkapi dengan konfigurasi pulau pam 5+1.
Stesen ini beroperasi selama 18 jam. Komuniti setempat pasti teruja apabila FamilyMart, Coffee Bean & Tea Leaf, Burger King dan Watson turut tersedia untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan kejiranan sekitar. Kehadiran Caltex Bukit Katil bersama tawaran NFR-nya dijangka menjadikan kawasan Melaka Tengah lebih meriah.
Chevron Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menambah sebuah lagi stesen ke dalam rangkaian Caltex.