15 Feb 2025
Selamat datang kepada - Sigma Hardware Sdn Bhd
17 Januari 2025, Jumaat - Chevron mengalu-alukan Sigma Hardware Sdn Bhd ke dalam rangkaian Caltex di Malaysia. Terletak di Jalan SIP 1A - Suria Industrial Park, stesen Caltex terbaru di Sepang ini dilengkapi dengan konfigurasi pulau pam 6+1.
Stesen ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam. Komuniti setempat pasti teruja dengan kehadiran FamilyMart dan Apacaba Coffee yang sedia berkhidmat untuk kawasan sekitar. Nampaknya, kawasan Suria Industrial Park akan menjadi lebih meriah dengan pembukaan Caltex Suria Industrial Park serta pelbagai tawaran NFR yang disediakan.
Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menambah satu lagi stesen ke dalam rangkaian Caltex kami.