15 Feb 2025
Selamat datang kepada - Salam Indera Sdn Bhd
15 Januari 2025, Ahad - Chevron mengalu-alukan Salam Indera Sdn Bhd ke dalam rangkaian Caltex di Malaysia. Terletak di Jalan Klang - Banting, stesen Caltex terbaru di Telok Panglima Garang ini dilengkapi dengan konfigurasi pulau pam 4+2.
Stesen ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam. Kini, komuniti setempat boleh menikmati kemudahan FamilyMart, Pizza Hut, dan KFC di Caltex Telok Panglima Garang.
Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menambah satu lagi stesen ke dalam rangkaian Caltex kami.