15 Dec 2024

Selamat datang kepada - Powerfuel Petrol Sdn Bhd

Powerfuel_MY.png

30 Oktober 2024, Rabu - Chevron mengalu-alukan Powerfuel Petrol Sdn Bhd ke rangkaian Caltex di Malaysia. Stesen ini terletak di Jalan Metro Perdana Timur - Kepong, stesen Caltex terbaru di Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan konfigurasi pulau 6 pam.

Stesen ini beroperasi 24 jam setiap hari. Komuniti tempatan akan teruja mengetahui bahawa Tealive, Llaollao dan Happy Potato akan dibuka untuk memberi perkhidmatan kepada mereka. Nampaknya kawasan Kepong akan menjadi lebih meriah dengan pembukaan Caltex Kepong dengan semua tawaran NFR-nya.

Chevron Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penambahan satu lagi stesen ke rangkaian Caltex kami.

Caltex Metro Perdana Kepong