14 Mar 2024

Scholfield Sdn Bhd - Kempen Pengaktifan Caltex Rewards

Lotuss_BM.png

Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd bersama beberapa stesen dalam rangkaian mereka telah menganjurkan kempen “on-ground” untuk Caltex Rewards dari 23 Februari 2024 hingga 25 Februari 2024 di Lotus's Hypermarket di Kluang, Johor.

Kempen ini bertujuan untuk mempromosikan aplikasi CaltexGO dan program kesetiaan Caltex Rewards. Acara tiga hari ini mendapat sokongan para Rakan NIaga dari:-

  • Batu Empat Service Station
  • HT Hiap Thye Sdn Bhd
  • Ismail Petrol Station
  • Jaya Goldz Star
  • JS Service Station
  • Leng Huat Service Station Sdn Bhd

Semasa acara itu, pelanggan yang memuat turun dan mendaftar dihadiahkan barangan eksklusif Caltex yang ditaja oleh Chevron Malaysia serta hadiah daripada Scholfield Sdn Bhd dan stesen-stesen yang mengambil bahagian. Pasukan menyasarkan untuk mendapatkan 500 pendaftaran tetapi usaha gigih mereka menyaksikan 539 pendaftaran Caltex Rewards baharu dicapai dalam masa tiga hari!

Scholfield Sdn Bhd - Kempen Pengaktifan Caltex Rewards