09 Nov 2024

Scholfield - Inisiatif Pelaburan Sosial

headline-scholfield-malay.png

21 September 2024, Sabtu - Sebagai sebahagian daripada agenda pelaburan sosial mereka, Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd bersama Majlis Caltex Johor (JCC) dan Rakan Niaga telah menganjurkan pertandingan boling amal dari jam 9 pagi hingga 1 petang di Daiman Bowling Centre di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Acara ini menghimpunkan 50 kanak-kanak, remaja, dan kakitangan pengajar dari Pertubuhan Kebajikan Tenang Bersama Qadar (TBQ).

Sebagai penaja utama, Scholfield menyumbangkan RM 2,300 untuk menampung kos lima hamper hadiah dan yuran keseluruhan acara. Acara ini turut mendapat sokongan 30 Rakan Niaga serta Chevron RBC dan Scholfield BMBC. Para peserta dari TBQ menerima lima hamper bernilai RM 1,050, sementara JCC menyediakan sarapan, makan tengah hari, dan menaja sewaan kasut untuk kanak-kanak tersebut. Ia merupakan acara yang akan diingati untuk semua yang hadir.

bowling scholfield highlight.png

6 Oktober 2024, Ahad - Pendidikan merupakan satu lagi bidang yang disokong kuat oleh Pempasaran Berjenama Scholfield. Pada satu acara baru-baru ini pada bulan Oktober, Scholfield telah menyumbangkan dua TV Google Philips 50” kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat di Johor.

Sumbangan ini diberikan semasa pelancaran program "100 Hari Menuju SPM" sekolah tersebut, yang diadakan di Dewan Perdana. Scholfield berbangga diberi penghormatan untuk merasmikan pelancaran dan menyampaikan sijil kepada pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang dalam keputusan ujian percubaan SPM mereka. Kira-kira 700 pelajar dan 60 guru hadir.

batu pahat scholfield highlight.png

8 Oktober 2024, Selasa - Scholfield meneruskan sokongan kepada pendidikan dengan menyumbangkan TV Pintar 65” jenama Samsung kepada Kolej Tingkatan 6 Seri Putera di Ipoh, Perak.

Tambahan pula, RM 1,500 telah diberikan untuk menyokong pelajar-pelajar dari keluarga B40 yang sedang belajar di kolej tersebut. Scholfield juga mengambil peluang untuk mempromosikan Caltex Rewards dan menyaksikan 180 pendaftaran baharu. Para hadirin juga turut menikmati ceramah motivasi daripada En. Hamzah. Lebih daripada 260 pelajar dan 40 guru menghadiri acara bermakna ini yang dianjurkan oleh Scholfield.

perak scholfield highlight.png

Inisiatif pelaburan sosial merupakan cara yang baik untuk memberi kembali kepada masyarakat.  Terima kasih banyak kepada Pemasar Berjenama Scholfield untuk inisiatif mereka.

Scholfield - Inisiatif Pelaburan Sosial