08 Nov 2024
(Video)Rangkaian Pen Petroleum Meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia!
31 Ogos 2024, Sabtu - Pelanggan Caltex seronok meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini di rangkaian stesen Pemasar Berjenama Pen Petroleum. Mari kita lihat aktiviti-aktiviti menarik yang telah berlansung di stesen-stesen Caltex mereka dari Ogos hingga September 2024. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan komitmen rangkaian Pen Petroleum untuk berinteraksi dengan komuniti, tetapi juga untuk merayakan semangat perpaduan dan patriotisme rakyat Malaysia.
1. Pertandingan Mewarna Pengguna
Dengan kerjasama Xpress Point dan pembekal 100Plus, Pen Petroleum menganjurkan Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Sepanjang tahun lepas, Pen Petroleum mendapat sambutan yang menggalakkan bakat-bakat muda yang menunjukkan kemahiran seni mereka. Tema tahun ini adalah untuk merayakan atlet Malaysia yang telah berjaya di Sukan Olimpik. Pen Petroleum telah menganugerahkan x1 Hadiah Utama dan x30 hadiah saguhati dalam pelbagai kategori.
Lihat pengumuman pemenang dalam video di bawah!
2. Pertandingan Dekorasi Stesen
Dengan sokongan Xpress Point dan Vida C, rakan niaga Pen Petroleum telah turut serta dalam tema Bulan Kebangsaan dengan menghias stesen mereka menggunakan minuman Vida. Tiga stesen hiasan teratas telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM500, RM300, dan RM200, dan 3 stesen yang lain telah menerima hadiah saguhati sebanyak RM100 setiap satu. Semua pemenang juga telah menerima beberapa karton minuman Vida C.
3. ‘Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik Bulan Kebangsaan’
Dalam era media sosial yang penuh bertenaga ini, semua orang menyukai kandungan video yang hebat. Satu pertandingan karaoke baru diperkenalkan tahun ini di mana stesen-stesen menunjukkan bakat mereka dengan mencipta video lagu yang bertemakan Malaysia. Para Rakan Niaga dan pasukan mereka tampil dengan video karaoke hebat dan kreatif yang menunujukkan bakat dan kreativiti mereka. Tiga pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai RM500, RM300, dan RM200, manakala 4 stesen lain menerima hadiah saguhati RM100 setiap satu. Mari kita saksikan video pemenang 3 terbaik di sini!
1st - Muliajaya Service Station
2nd - Horizon Service Station Sdn Bhd
3rd - Mayang Mass Trading
4. Acara Mini Turun Padang
Stesen-stesen juga turut menganjurkan acara mini turun padang dengan dekorasi bertemakan Malaysia. Mereka membuka 'booth', mengagihkan bendera, dan memberikan barangan percuma kepada pelanggan Caltex Rewards, menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan kegembiraan dan rasa penghargaan.
Lihat sorotan acara.
Pemasar Berjenama Pen Petroleum merakamkan penghargaan tulus kepada Rakan Niaga dan pembekal mereka atas sokongan dan kerjasama yang berterusan dalam sambutan ini. Ucapan terima kasih khas kepada Chevron Malaysia atas sokongan mereka di stesen-stesen yang mengambil bahagian, menjadikan acara-acara ini lebih bermakna. Pen Petroleum berharap dapat terus meraikan dan mempromosikan budaya serta perpaduan kaya kita sebagai rakyat Malaysia!