20 Dec 2021

Rangkaian Caltex Terus Berkembang di kala Tahun yang Mencabar

112-01.jpeg

Walaupun Malaysia terus bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun 2021, rangkaian stesen Caltex mampu mengekalkan pertumbuhan dengan adanya Rakan Niaga yang berpengalaman dan pelabur baru yang melihat peluang perniagaan dalam sektor ini justeru berkeyakinan untuk melabur di jaringan stesen baru.

Dengan itu, Chevron ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelabur dan rakan kongsi kita. Kepercayaan terhadap jenama Caltex inilah yang menggalakkan kami berusaha dengan giat melakukan yang terbaik untuk anda.

Bersama kita ambil kesempatan ini untuk menyambut pembukaan stesen-stesen baru Caltex di sepanjang tahun ini.

Februari 2021

  • Full Sheng Enterprise Sdn Bhd – Jitra, Kedah
  • Janajaya Bumi Sdn Bhd – Tandop, Kedah
  • Last Station Sdn Bhd – Skudai, Johor
  • Rafik Ali Vision Group (M) Sdn Bhd – Seberang Perai Tengah, Penang
  • Wirawang Sdn Bhd – Kampung Baru Subang, Selangor

Mei 2021

  • Prestige Haus Station – Jempol, Negeri Sembilan
  • Stesyen Servis Abdul Razak – Sabak Bernam, Selangor

Julai 2021

  • Impressive Eminent Station – Batang Kali, Selangor
  • Ti Maju Service Station – Kota Bahru, Kelantan

Ogos 2021

  • Bintang SP Sdn Bhd – Sungai Lalang, Kedah

September 2021

  • Rasamas Energy – Precinct 8, Putrajaya

November 2021

  • MBR 2 Jaya Sdn Bhd – Bukit Lintang, Melaka
  • RIZQ Service Station Sdn Bhd – Paya Rumput, Melaka
  • DZ Success Enterprise – Kuala Kurau, Perak

Memandangkan kejayaan pelancaran jaringan stesen baru, ketika masa liputan, Chevron mensasarkan untuk melancarkan empat lagi stesen baru di suku keempat 2021. Ternyata, langkah pembukaan stesen baru bukanlah mudah, apatah lagi semasa tempoh “lockdown” Covid-19 – cabaran yang wujud pastinya menguji ketabahan dan kesabaran Peruncit dan Pemasar Berjenama, namun, berbekalkan pandangan positif, mereka tetap bertahan.

Untuk mendapatkan gambaran lanjut mengenai pengalaman membuka stesen baru, kami telah berbual dengan En. Abu Hassan bin Seeni Abdul dari Pemasar Berjenama (BM) Trivenus Sdn Bhd yang berkongsi cabaran yang dihadapi beliau dan pasukannnya semasa pembukaan Stesen Prestige Haus pada bulan Mei 2021.

Lokasi stesen yang strategik di jalan utama dari Kuala Pilah ke Bahau mungkin terbaik untuk perniagaan pada waktu biasa, namun ketika tempoh “lockdown” yang membataskan perjalanan orang ramai, telah menyebabkan penurunan drastik penjualan minyak petrol. Walau bagaimanapun, Peruncit baru kita, En. Wan Mokhtar Wan Ismail yang tidak mudah mengaku kalah, telah proaktif menyusun tindakan untuk menggalakkan penjualan dengan:

  • Mendaftar akaun StarCard baru;
  • Memberi diskaun kepada akaun perniagaan; dan
  • Memberi hadiah percuma kepada pelanggan

Pasukan Trivenus juga memainkan peranan mereka melalui kerjasama rapat dengan Peruncit dan juga memperoleh surat kebenaran yang diperlukan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika masa sekatan pergerakan untuk membimbing dan menyokong En. Wan Mokhtar.

Mengenai pandangan Trivenus bagi tahun 2022, En Hassan tetap positif dan optimis kerana jumlah kes jangkitan Covid-19 telah menurun dan mula stabil. Perniagaan dan ekonomi kembali sibuk dan orang ramai pula mula melakukan perjalanan, malah, Trivenus melihat peningkatan jualan minyak yang menggalakkan sejak bulan Oktober.

Walaupun pembukaan stesen barunya terjejas pandemik, En. Hassan tetap percaya bahawa ada sinar akan menjelma selepas berakhirnya gelap malam kerana beliau akan membuka dua lagi stesen di Terengganu - satu di Paka dan satu lagi di Kijal – dijangka akan dibuka di separuh kedua 2022. Setakat ini, pembinaan kedua-dua stesen tersebut hanya separuh siap kerana kerja pembinaan terpaksa dihentikan semasa tempoh “lockdown”.

Sambutan Hari Malaysia di tahun ini juga menandakan satu lagi titik penting bagi kita apabila Chevron melancarkan stesen pertamanya di Wilayah Persekutuan Putrajaya, yang juga merupakan stesen Caltex yang mesra orang kurang upaya (OKU) pertama di Malaysia.

Selanjutnya, Peruncit dan pelanggan boleh menantikan banyak pelancaran baru dan menarik di sepanjang tahun 2022 yang bersifat bukan bahan api (NFR), di mana Chevron akan melancarkan Family Mart pandu lalu pertama dengan kerjasama Caltex. Perkembangan terbaru ini berikutan kejayaan kedai NFR lain di rangkaian Caltex, iaitu kedai Pizza Hut pertama di Caltex Setia Alam (Successfuel Sdn Bhd) yang dibuka pada Ogos 2020, dan restoran nasi kandar pandu lalu pertama di Caltex Sungai Dua Highway – Southbound (MZ Cekap Sdn Bhd) yang dibuka pada Disember 2020.

Semua kejayaan ini merupakan hasil kerangat pasukan Pemerolehan Perniagaan Baru (NBA) dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembukaan project NFR ini. Tahniah kepada semua yang turut sama merealisasikan impian Caltex! Kami yakin, tidak ada apa yang mustahil kita capai sekiranya semua menunjukkan ketabahan, dedikasi dan sikap tidak berputus asa. Ucapan terima kasih juga ingin kami zahirkan kepada semua peruncit baru kami yang memulakan usaha baru bersama kami di kala tahun yang mencabar - ingatlah untuk tetap fokus dan berpandangan optimis, yang pastinya, kami akan bangkit hadapi segala rintangan dan tantangan bersama-sama anda.

Kami tidak sabar-sabar menantikan kejayaan pengoperasian semua stesen baru dan projek NFR menarik yang sedang dalam tahap penyempurnaan dan kami berharap anda juga teruja dengannya. Walaupun tahun 2022 hanya berbaki beberapa minggu lagi, kami telah membuat perancangan untuk membawakan kemaskini maklumat terbaru mengenai projek-projek menarik ini dengan cepat dan senang buat anda, jadi pastikan anda nantikan khabar terkini dalam format penyampaian baru kita yang akan datang!