14 Feb 2024
Rakan Niaga Caltex Generasi Ke-2
Pemasar Berjenama Sutera Matra Sdn Bhd baru-baru ini menjalankan program insentif stesen yang menyaksikan dua Rakan Niaga CORO (Atiqah dari Gammastar & Ristiqa PD dan Leo dari Semangat Jadi) diberi ganjaran iaitu tiket untuk menikmati konsert Coldplay di Singapura.
Ketika menikmati lawatan mereka di Singapura, didapati bahawa kedua-dua Atiqah dan Leo adalah Rakan Niaga generasi ke-2 selepas mengambil alih perniagaan daripada ibu bapa mereka. Ini membawa kepada perkongsian menarik daripada mereka tentang pengalaman dan pemikiran mereka ketika mereka mengembangkan perniagaan.
Atiqah berkongsi bagaimana sejak kecil beliau biasa 'lepak' dan bekerja sebagai sambilan di stesen Gammastar sambil melihat bapanya mengendalikan perniagaan. Selepas tamat pengajian, beliau mengambil alih perniagaan daripada bapanya dan memulakan perjalanannya sebagai Rakan Niaga sepenuh masa. Ia merupakan detik yang membanggakan dan Atiqah mendapati penghormatan mengambil alih peranan ini juga datang dengan cabaran besar.
Mengimbangi tradisi dan menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah adalah penting dalam mengekalkan kepuasan untuk pelanggan sedia ada dan yang berpotensi. Para pelanggan mengharapkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik serta promosi dan ganjaran terkini selain dari pelbagai pilihan gerbang pembayaran. Atiqah bersyukur kerana semua ini dapat dicapai menerusi peluang, bimbingan dan sokongan daripada Chevron dan Sutera Matra.
Krew adalah penting untuk mengendalikan perniagaan. Untuk mengekalkan pasukan yang cemerlang, krew perlu diberi motivasi melalui pengiktirafan pencapaian mereka, peluang pertumbuhan dan mewujudkan budaya tempat kerja yang menyokong. Pencapaian pelu diberi ganjaran, acara khas perlu disambut sementara kekurangan krew perlu disemak dan diperbaiki. Sumbangan setiap ahli pasukan amat dihargai dan sebagai pemimpin, Atiqah percaya kepentingan menjaga kebajikan dan keperluan asas pasukannya.
Visi Atiqah ialah agar perniagaan terus berkembang di samping memberi manfaat kepada pasukan dan pelanggan.
Rakan Niaga Leo dari Semangat Jadi mempunyai keraguan apabila bapanya mencadangkan agar dia berhenti kerja tetap untuk mengambil alih stesen. Leo mengambil lebih kurang tiga tahun untuk membuat keputusan supaya lebih terlibat dengan perniagaan stesen, malah dia digalakkan menyertai lawatan sehari tahunan anjuran Sutera Matra.
Hari ini, Leo berasa gembira kerana bertanggungjawab terhadap operasi stesen. Seperti yang dikatakan Leo, "Kami percaya dalam kerja berpasukan dan mengutamakan motivasi krew dengan menjalankan insentif unik dan perayaan yang menyeronokkan". Tahun demi tahun, Semangat Jadi telah bekerjasama secara konsisten dengan Sutera Matra untuk menyediakan insentif kepada CSR. Program insentif tahun lepas "Jom Cuti-cuti Malaysia" membantu meningkatkan semangat dan meningkatkan prestasi stesen.
Oleh kerana stesen Semangat Jadi terletak di jalan utama di Segamat, ia dikelilingi pesaing dan memerlukan strategi untuk mengekalkan perniagaan. Ini termasuk menjalankan latihan khusus untuk pasukan CSR dengan tumpuan meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan. Leo gembira kerana pasukannya berkongsi komitmen yang sama untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan terbaik, termasuk memastikan tandas sentiasa sedia untuk kegunaan pelanggan.
Promosi dalaman adalah satu kemestian bagi pelanggan setia sedia ada supaya mereka rasa dihargai sambil menarik pelanggan baru. Pada tahun 2023, Semangat Jadi telah menyertai LSM "Spend & Redeem" anjuran Sutera Matra dan mereka mendapati program ini berjalan dengan baik dan mereka kini menjalankan satu lagi LSM yang hampir serupa pada bulan ini.
Leo menghargai peluang untuk bekerjasama dengan Sutera Matra dan Chevron Malaysia. Beliau juga bersyukur kerana dapat meneruskan perniagaan keluarga dan kini dengan bantuan pasukannya, mereka ingin mencapai sasaran lebih tinggi.
Kedua-dua Rakan Niaga muda ini adalah bukti bahawa penerusan Stesen Caltex keluarga mereka adalah keputusan yang bijak dan Rakan Niaga lain mungkin ingin memikirkan perkara yang sama juga.