15 Aug 2024
LSM Promosi Minyak Pelincir
Beberapa buah stesen di bawah rangkaian Pemasar Berjenama Sutera Matra Sdn Bhd telah menjalankan Promosi Minyak Pelincir pada 20 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024. Mekanisme promosi adalah seperti berikut:-
Pelanggan yang membeli pelincir bernilai RM100 dan ke atas layak mendapat baucar petrol RM10 percuma. Untuk menebus baucar petrol, pelanggan perlu mengepam petrol atau diesel bernilai sekurang-kurangnya RM20.
Berikut merupakan stesen-stesen yang menjalankan promosi tersebut:-
- Syntec Plus (M) Sdn Bhd
- Surplus Paragon Sdn Bhd
- Syarikat Swee Lee Trading Sdn Bhd
- Bir Ha Management Services Sdn Bhd
- Mercu Inti Sdn Bhd
- Kian Lee & Sons Sdn Bhd
- Ample Value Sdn Bhd
- Germelapan Damai Enterprise / Mesra Plus Enterprise Sdn Bhd
- Pondok Chegar Enterprise
- RNA Purnama Enterprise
- Remlee Bin Chik
- Top Point Synergy Sdn Bhd
- Syarikat Persaudaraan Muhibbah (Sg Pasir)
- Triumph San Ventures Sdn Bhd
- Makisa PLT
- Jerai Anggun Enterprise Sdn Bhd
- Syarikat Yamin
- Teoh Chin Hin Sdn Bhd
- Bintang SP Sdn Bhd
- Auto Integrasi Sdn Bhd
- Merbok Indah Sdn Bhd
- Intan Petroleum Sdn Bhd
Sutera Matra menggalakkan stesen mengadakan promosi dengan menyediakan sokongan POSM dan berkongsi kos dengan stesen untuk insentif khas kepada kakitangan yang berjaya menjual minyak pelincir tersebut. Sutera Matra berharap insentif ini akan meningkatkan semangat kakitangan dan menggalakkan mereka mempromosikan produk pelincir kepada pelanggan.