11 May 2024
Program “Booster” MYSubsidi 2024
Program SKDS telah diberi rangsangan dengan pelaksanaan Program “Booster” MYSubsidi 2024 baru-baru ini. Objektif program ini adalah untuk menarik dan meningkatkan pendaftaran Kad Tunai Subsidi dengan:-
- Memberi insentif kepada semua Stesen Caltex untuk memacu dan mendorong pendaftaran Kad Tunai Subsidi Diesel
- Menyasarkan pelanggan dan membina kesetiaan dengan menukar pelanggan tunai / akaun tempatan sedia ada kepada Kad Tunai Subsidi
- Menarik pendaftaran baharu untuk memohon Kad Tunai Subsidi
Program untuk semua Stesen Caltex adalah dari:
- 1 Jun – 31 Julai 2024 (Kelulusan Permohonan Kad Tunai Mei 2024)
- 1 Julai – 31 Ogos 2024 (Kelulusan Permohonan Kad Tunai Jun 2024)
Bagi Pelanggan (Pemohon Kad Tunai Diluluskan), program ini adalah dari:
- 1 Mei – 30 Jun 2024
Terdapat banyak rebat dan hadiah yang akan diberikan kepada stesen dan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk e-mel daripada Retail Malaysia.