11 May 2024

Program “Booster” MYSubsidi 2024

caltexskds-adaptation-a5-flyervisual-adaptationfa-4page2.jpg

Program SKDS telah diberi rangsangan dengan pelaksanaan Program “Booster” MYSubsidi 2024 baru-baru ini. Objektif program ini adalah untuk menarik dan meningkatkan pendaftaran Kad Tunai Subsidi dengan:-

  • Memberi insentif kepada semua Stesen Caltex untuk memacu dan mendorong pendaftaran Kad Tunai Subsidi Diesel
  • Menyasarkan pelanggan dan membina kesetiaan dengan menukar pelanggan tunai / akaun tempatan sedia ada kepada Kad Tunai Subsidi
  • Menarik pendaftaran baharu untuk memohon Kad Tunai Subsidi

Program untuk semua Stesen Caltex adalah dari:

  • 1 Jun – 31 Julai 2024 (Kelulusan Permohonan Kad Tunai Mei 2024)
  • 1 Julai – 31 Ogos 2024 (Kelulusan Permohonan Kad Tunai Jun 2024)

Bagi Pelanggan (Pemohon Kad Tunai Diluluskan), program ini adalah dari:

  • 1 Mei – 30 Jun 2024

Terdapat banyak rebat dan hadiah yang akan diberikan kepada stesen dan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk e-mel daripada Retail Malaysia.