18 Mar 2022
Pra Pendaftaran WIRA CALTEX
Proses Pra-Pendaftaran WIRA CALTEX telah tamat baru-baru ini pada 15 Mac 2022. Terima kasih kepada semua krew Stesen Caltex atas sambutan dan sokongan terhadap kempen ini. Sebanyak 232 stesen akan diwakili dalam kempen WIRA CALTEX yang bermula 1 April 2022.
“Shout out” kepada Melaka yang mempunyai kadar penyertaan tertinggi dengan 13 daripada 16 stesen mengambil bahagian (81%) dan Johor yang mempunyai jumlah peserta paling ramai iaitu 164 peserta.
Kami sekarang memerlukan sokongan Rakan Niaga dan Pengurus Stesen dari 232 stesen yang mengambil bahagian untuk mengesahkan krew berdaftar mereka yang disediakan dalam senarai PDF yang dilampirkan (disenaraikan mengikut negeri) selewat-lewatnya pada hari Rabu, 23 Mac 2022. Sila balas ke nombor WhatsApp Retail Buzz rasmi ini (+6010-8441775) dengan YA jika mereka adalah semua krew anda ATAU meseg kami nama orang yang bukan krew anda.
Kami kemudiannya akan mengesahkan 800 pendaftar pertama dan akan menghantar hadiah wang ke stesen dengan poster WIRA CALTEX pada akhir Mac 2022.
Semua krew (sedia ada, baru atau akan datang) masih dialu-alukan supaya mendaftar untuk kempen WIRA CALTEX. Mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa di https://wira-reg.retailbuzz.com.my/