20 Dec 2021

Penerusan Legasi Caltex: Pelanggan Setia Kepada Jenama Selama Hampir 70 Tahun

114-01.jpeg

Dengan lokasi strategik di persimpangan utama Jalan Argyll dan Jalan Transfer di George Town, Pulau Pinang, Caltex Jalan Argyll dianggap sebagai mercu tanda yang menonjol di kawasan tersebut. Berkat usaha gigih sejak beberapa dekad yang lalu, kini ia merupakan salah satu stesen minyak yang paling lama ditubuhkan di rangkaian Caltex, dengan pemilik terbarunya, Encik Tan Keng Sin (Tong Lee Service Station Sdn Bhd) yang mengambil alih pada tahun 2007.

Memandangkan reputasi stesen yang bertahan berdekad lamanya dan penonjolan stesen yang ketara, tidak menghairankan bahawa stesen itu telah memenangi sekumpulan pelanggan setia sepanjang tempoh perniagaannya. Mungkin cerita paling bermakna yang memaparkan erti kesetiaan yang tidak berbelah bahagi buat Caltex Jalan Argyll ialah kisah Encik Sital Sadhwani yang telah menjadi pelanggan setia stesen itu sejak tahun 1954 – iaitu sokongan berterusan sejak 70 tahun yang lalu!

Encik Sital baru-baru ini berkongsi dengan Chevron kenangannya di Caltex Jalan Argyll semasa stesen itu dikendalikan oleh peruncit lain ketika masa dahulu. Walaupun beliau telah berpindah dari Jalan Argyll ke Jalan Service pada tahun 1964 dan kemudian ke Tanjung Tokong pada tahun 1992, beliau terus mengunjungi Caltex Jalan Argyll disebabkan layanan terbaik yang sentiasa diterimanya. Kualiti produk pada masa yang sama, juga memainkan peranan yang besar dan Encik Sital berasa amat berpuas hati sejak beralih ke Caltex dari jenama bahan api yang berbeza.

Setelah mendengar kisah kesetiaan jenama yang penuh dengan inspirasi ini, Chevron memutuskan untuk memberi satu kejutan kepada beliau menerusi pemberian token penghargaan di stesen. Ketika dihadapkan dengan kejutan itu, En. Sital yang tersenyum lebar dalam keharuan, bagaimanapun, meminta agar gambarnya tidak diambil kerana beliau seorang yang pemalu.

Chevron mengucapkan terima kasih kepada Rakan Niaga Encik Tan kerana memulihara legasi kegemilangan Caltex Jalan Argyll dengan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan membuatkan orang seperti Encik Sital bangga menjadi pelanggan setia Caltex.

Kisah-kisah yang penuh inspirasi seperti inilah yang menyerlahkan legasi Caltex di Malaysia dan bagaimana usaha yang konsisten untuk mengekalkan skor yang tinggi dalam aspek Customer First (CF) dan Image First (IF) di stesen Caltex terbukti meningkatkan kesetiaan pelanggan dan pengiktirafan jenama sejak berdekad lamanya. Oleh itu, mari kita semua bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan seperti En. Sital Sadhwani!