11 May 2024
Pen Petroleum – Turun Padang CaltexGO di Kota Bahru
30 Mac 2024 (Sabtu) – Pemasar Berjenama Pen Petroleum Sdn Bhd sentiasa mencari peluang untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Caltex kepada pelanggan. Selaras dengan strateginya, pasukan Pen Petroleum telah menyertai bazar Ramadan baru-baru ini di Mydin Tunjong, Kota Bharu buat pertama kali untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Caltex seperti:
- Bahan api bertaraf 5-bintang (Techron)
- Program loyalti Caltex Rewards (1 liter = 2 mata)
- SKDS dan Kad Diesel Bersubsidi Caltex
Semasa di bazar Ramadan, Pen Petroleum juga memperkenalkan aplikasi CaltexGO kepada para pengunjung bazar. Setiap pengunjung yang memuat turun CaltexGO akan menerima hadiah-hadiah percuma yang menarik, termasuk koleksi Batmobile (tajaan Chevron Malaysia) serta snek dan minuman (tajaan Xpress Point).
Selain itu, Pen Petroleum Sdn Bhd bersama-sama dengan Rakan Niaga Kelantan, telah bergabung tenaga untuk menghadiahkan kad-kad StarCash yang bernilai RM50 kepada Penjual Menu Rahmah terpilih di bazar tersebut. Tujuannya adalah untuk menyokong penjual Menu Rahmah selaras dengan inisiatif Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang disarankan oleh pihak KPDN.
Semasa interaksi dengan penjual-penjual dan pengunjung di bazaar, Pen Petroleum mengambil peluang untuk berkongsi berkenaan program MySubsidi Diesel yang diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini.
Pen Petroleum telah berjaya mendaftar 186 pengguna CaltexGO baru di Bazar Ramadan. Pen Petroleum berterima kasih kepada Chevron Malaysia dan para Rakan Niaga Kelantan atas sumbangan dan penyertaan mereka dalam acara “on-ground” ini.
Untuk maklumat lanjut dan liputan acara, klik pada pautan ini: https://www.facebook.com/share/p/y3VXPwnsCUdSMkoz/?mibextid=qi2Omg