15 Jan 2025
Pen Petroleum - Misi Peduli Banjir 2024
Pen Petroleum, Xpress Point dan Chevron Malaysia bersama-sama dengan para Exco PDCK telah memberikan bantuan banjir kepada pelajar-pelajar di empat buah sekolah yang terjejas teruk baru-baru ini di daerah Pasir Mas dan Tumpat.
Bantuan dalam bentuk keperluan asas sekolah telah diberikan kepada 40 orang pelajar dari sekolah-sekolah berikut:-
(1) SK Meranti, Pasir Mas
(2) SK Telok Jering, Tumpat
(3) SK Bendang Pak Yong, Tumpat
(4) SK Simpangan, Tumpat
Pihak PDCK, melalui Tabung Kebajikan PDCK dan Kutipan Kilat Misi Peduli Banjir juga telah menyumbang tunai sebanyak RM 3,200 dalam bentuk duit poket RM20 kepada setiap pelajar.
Semua pihak yang terlibat berharap usaha kecil ini dapat membantu meringankan beban pelajar yang terjejas akibat banjir.