20 Dec 2021
Memacu Industri Bahan Api Seiring dengan Rangkaian Peruncitan NFR Terkemuka
Untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya, penting untuk sentiasa mengikuti trend semasa di pasaran serta tidak leka mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan. Rakan Niaga perlu mengoptimumkan sumber sedia ada mereka dan mencari kaedah yang paling berkesan untuk mempromosikan stesen mereka bagi mengekalkan daya saingan, lebih-lebih lagi di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar ini. Walaupun terdapat banyak cara untuk mencapai matlamat ini, usahasama dalam segmen penawaran bukan bahan api (NFR) dengan kedai serbaneka yang terkemuka dan betul memberikan anda kelebihan dalam mengembangkan stesen Caltex anda.
Berikut adalah tiga faedah utama memiliki kedai NFR terkemuka di stesen anda:
- Pengurusan sumber manusia yang lebih fleksibel agar Rakan Niaga boleh memberi tumpuan kepada mengembangkan perniagaan bahan api
- Rakan Niaga tidak perlu bimbang tentang operasi harian kedai serbaneka, seperti pengurusan inventori, pembayaran kepada pembekal dan logistik penghantaran - semuanya diuruskan oleh rakan kongsi NFR
- NFR juga dapat menggunakan kepakaran mereka dan kemahiran dalam data analitik untuk menentukan jenis produk yang terbaik untuk kedai di lokasi tertentu
- Jimatkan masa dan wang
- Rakan Niaga tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa dan wang tambahan untuk mempromosikan stesen mereka kerana NFR berjenama cenderung menarik lebih banyak pelanggan disebabkan populariti mereka - ini membantu meningkatkan keterlihatan stesen di kalangan komuniti
- Skala saiz sebilangan besar NFR berjenama juga membolehkan mereka berunding dengan pembekal untuk mendapat harga terbaik dan berupaya menjimatkan kos untuk Rakan Runcit
- Memastikan pengalaman pelanggan yang konsisten
- Kedai NFR mempunyai kepelbagaian produk dan perkhidmatan dengan piawaian kualiti tertentu
- Kakitangan juga dapat dilatih dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kedai NFR yang betul walaupun mereka diupah oleh Rakan Niaga
En. Siva A/L Subramaniam yang memiliki Caltex Sungai Buaya (SK Setia Enterprise) berkongsi perjalanan beliau dalam memiliki sebuah kedai 7-Eleven di stesennya. Melihat peluang perniagaan yang ada di kawasan itu, 7-Eleven pada mulanya menyewa lokasi daripada En. Siva. Selepas hampir tiga tahun, peluang francais timbul di mana En. Siva memutuskan untuk mengambil alih perniagaan yang berpotensi itu, dan telah pun menguruskan kedai 7-Eleven tersebut sebagai pemilik francais selama lebih setahun. Beliau juga mempunyai kedai Marrybrown di stesennya.
Berkongsi pengalaman yang sama, Dato' Chong Tam On berkata, selain faedah yang disenaraikan di atas, beliau juga mampu memperoleh pendapatan sewa yang stabil daripada pelbagai kedai NFR di stesennya, Caltex Lebuh SPA (Blue Ocean Central Sdn Bhd). Terdapat empat kedai NFR di stesen tersebut yang terletak di Taman Paya Emas, Melaka: Family Mart, Watsons, 1021 Bubble Milk Tea dan Richiamo Coffee.
En. Siva dan Dato' Chong juga turut berkongsi kriteria utama mereka ketika memutuskan usahasama dengan kedai serbaneka NFR yang bersesuaian:
- Reputasi jenama NFR
- Kepelbagaian produk dan perkhidmatan
- Kesenangan menubuhkan kedai
- Jumlah modal pelaburan
Mengenai nasihat untuk pemilik stesen lain yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki kedai NFR di premis mereka, En. Siva menyarankan agar menentukan terlebih dahulu sama ada kedai serbaneka tersebut menawarkan peluang francais atau tidak - terutamanya jika anda fikir anda mungkin mahu mengambil alih perniagaan sedia ada itu pada kemudian hari. "Gabungan kakitangan dari kedua-dua stesen dan c-store ini membolehkan pengurusan sumber manusia yang lebih efektif dan meningkatkan produktiviti. Ini penting kerana Caltex Sungai Buaya beroperasi 24 jam dan operasi ini akan diteruskan apabila lockdown ditarik balik sepenuhnyaā€¯.
Tambah Dato' Chong lagi, "Walaupun dari segi kewangan, pendapatan yang dijana dari sewa kedai serbaneka NFR mungkin tidak setanding berbanding jualan dari perniagaan yang diuruskan sendiri, namun, saya masih ingin mengesyorkan agar anda pertimbangkan untuk membuka kedai serbaneka berjenama kerana ia berfaedah membantu menarik pelanggan ke stesen anda dalam jangka masa panjang."
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai peluang NFR yang sedia ada untuk Rakan Niaga, sila semak dengan BM dan RBC anda masing-masing.