14 Aug 2023
LSM Caltex Rewards - Ogos 2023
Dengan kejayaan daripada LSM Caltex Rewards pada bulan Julai, Sun Hup Petroleum (Elite) Sdn Bhd menjalankan satu lagi kempen 3 hari pada bulan Ogos ini untuk menggalakkan pelanggan memuat turun aplikasi CaltexGO dan mendaftar untuk Caltex Rewards.
Sebanyak 400 set hadiah termasuk snek ringan, minuman serta barangan Caltex telah disediakan untuk dihadiahkan kepada pelanggan bagi setiap pendaftaran baharu. Apabila pelanggan mendekati krew, krew stesen mengambil peluang untuk menyambut mereka sambil berkongsi tentang Caltex Rewards dan faedahnya.
Stesen ini melihat bahawa langkah proaktif ini telah menunjukkan satu trend positif dalam jumlah pendaftaran baharu untuk Caltex Rewards.
Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Sun Hup Petroleum (Elite) Sdn Bhd kerana terus mencari peluang baharu untuk mempromosikan Caltex Rewards.