14 Aug 2023

LSM Caltex Rewards - Julai 2023

TN_Elite_July_BM.png

Sun Hup Petroleum (Elite) Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan kempen LSM selama 3 hari pada Julai 2023 untuk memperkenalkan program Caltex Rewards kepada pelanggan Caltex untuk menggalakkan pendaftaran baharu.

Semasa kempen, krew stesen memperkenalkan Caltex Rewards dan berkongsi manfaatnya kepada pelanggan di stesen. Hadiah percuma seperti makanan ringan, bantal leher dan tuala mikro telah diberikan kepada pelanggan untuk setiap pendaftaran baharu.

Stesen ini menyaksikan peningkatan besar dalam jumlah pendaftaran semasa kempen LSM ini dan ini telah mendorong stesen untuk meneruskan inisiatif "giveaway" untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan Caltex memuat turun dan menggunakan aplikasi semasa mengisi minyak di stesen.

Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Sun Hup Petroleum (Elite) Sdn Bhd atas usaha stesen untuk mempromosikan Caltex Rewards.

LSM Caltex Rewards - Julai 2023