14 Sep 2023

“Lebih Ganjaran Dengan Caltex Rewards” bersama Scholfield Sdn Bhd

Schofield_BM.png

Pemasar berjenama Scholfield Sdn Bhd dan para Rakan Niaga (Tuwo Enterprise Service Station, Sinar Cemerlang Service Station, Taqwa Service Station, BF Petro Service) menganjurkan Mini Karnival LSM di stesen mereka untuk menggalakkan lebih banyak pendaftaran Caltex Rewards. Stesen-stesen juga mempromosikan Kad Setem "Lebih Ganjaran Dengan Caltex Rewards" di mana pelanggan boleh mengumpul setem dengan pembelian bahan api mereka untuk menikmati rebat. Hadiah seperti Caltex Batmobile, tuala, makanan ringan dan minuman diberikan kepada pelanggan untuk setiap pendaftaran baharu Caltex Rewards. Stesen-stesen juga menyediakan hadiah tambahan untuk diberikan semasa Mini Karnival.

Sinar Cemerlang Service Station misalnya, memberikan 5 hamper bernilai RM 60 setiap satu kepada pelanggan ke-10, 20, 30, 40 dan ke-50 yang mendaftar pada hari acara tersebut. Di Taqwa Service Station, Tuwo Enterprise Service Station dan BF Petro Service Station; stesen-stesen ini mengadakan cabutan bertuah untuk pelanggan memenangi hadiah seperti hamper, beg goodie, payung, baucar Speedmart 99 dan minuman.

Semua kerja keras stesen membuahkan hasil dengan setiap stesen mencapai pendaftaran Caltex Rewards yang menggalakkan. Mari kita lihat pencapaian mereka.

  • Taqwa Service Station mencapai 70 pendaftaran baharu dan mengedarkan 85 Kad Setem
  • Tuwo Enterprise Service Station mencapai 55 pendaftaran baharu dan mengedarkan 63 Kad Setem
  • Sinar Cemerlang Service Station mencapai 51 pendaftaran baharu dan mengedarkan 69 Kad Setem
  • BF Petro Service Station mencapai 50 pendaftaran baharu dan mengedarkan 72 Kad Setem

Chevron mengucapkan terima kasih kepada Scholfield Sdn Bhd dan stesen-stesen kerana menganjurkan LSM untuk mempromosikan Caltex Rewards.

Lebih Ganjaran Dengan Caltex Rewards - Scholfield