14 Feb 2024
Jom Bersama-sama: Capturing Diesel Customer via StarCard
18 Januari 2024, Sunday - Pemasar Berjenama Pen Petroleum Sdn Bhd telah menganjurkan mesyuarat secara maya bertemakan “Jom Bersama-sama: Capturing Diesel Customer via StarCard” untuk semua stesen dalam rangkaian. Hampir 100 hadirin telah hadir untuk setiap sesi termasuk Rakan Niaga, pasukan Chevron, Pengurus Stesen, CSR dan pasukan BC Pen Petroleum.
Objektif mesyuarat ini adalah untuk mengukuhkan kepentingan mendapatkan pelanggan Diesel melalui Caltex StarCard selaras dengan pengumuman Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Mesyuarat tersebut meliputi strategi untuk mendapatkan pelanggan StarCard dan beberapa petua persediaan untuk semua Rakan Niaga supaya bersedia untuk program subsidi baharu yang akan dilancarkan oleh kerajaan.
Berikut merupakan beberapa isi-isi penting daripada mesyuarat tersebut:
A. Mesej motivasi kepada Rakan Niaga: “Better to Capture Now or Capture None”
B. Tindakan segera untuk Rakan Niaga sebelum SKDS:-
- Tukar Pelanggan Akaun to StarCard
- Daftar Keahlian Baru StarCard
- Membiasakan StarCard dengan Penyerahan Dalam Talian
- Mempamerkan poster di stesen (TBA)
- Melatih Kakitangan
- Jangan sesekali memberikan maklumat yang mengelirukan mengenai SKDS atau mengambil informasi dari pelanggan tanpa kebenaran atau secara tidak sah
- Pengurusan hubungan yang baik dengan pelanggan Diesel
- Persediaan Peranti
Chevron Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Pen Petroleum Sdn Bhd dalam mengambil inisiatif untuk menyediakan Rakan Niaga sebelum pelancaran SKDS.