29 Jun 2023
Initiatif Bank Makanan untuk Kampung Chaah - Bee Guan Service Station
5 Mac 2023, Ahad - Semasa krisis, masyarakat berkumpul untuk menghulurkan bantuan dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. Apabila banjir melanda Kampung Chaah pada 1 Mac 2023, Bee Guan Service Station mengadakan inisiatif bank makanan bagi membantu penduduk yang terjejas akibat kebanjiran tersebut, sekali gus memberi sinar harapan di tengah-tengah tempoh yang mencabar.
Keperluan makanan harian seperti air mineral, roti, susu dan biskuit diletakkan di bank makanan untuk diambil oleh mana-mana penduduk setempat mengikut keperluan tanpa pertimbangan dan prejudis. Dianggarkan seramai 200 hingga 300 penduduk mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
Chevron Malaysia berterima kasih kepada Bee Guan Service Station atas sumbangan dan usaha mereka dalam membantu dan menyumbang kembali kepada masyarakat.