14 Aug 2023

Hari Penghargaan Pelanggan - Scholfield Sdn Bhd

SC_TN_BM.png

Bersempena dengan aktiviti “on-ground” Kempen Caltex Rewards di Perak, Pulau Pinang dan Kedah, Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd bekerjasama dengan sekumpulan stesen Caltex dalam menganjurkan Hari Penghargaan Pelanggan untuk meningkatkan usaha pemasaran mereka:

Senarai Stesen:-

  1. Rosdani Sdn Bhd, Ipoh
  2. Enau Asia Sdn Bhd, Bercham
  3. Changkat Lada Service Station Sdn Bhd, Kampung Gajah
  4. Mahdevi's Filling Station, Batu Gajah
  5. Juaramas Sakti Sdn Bhd, Hutan Melintang
  6. Stesen Minyak Huaphing, Chemor
  7. Hockco Services Station, Teluk Intan
  8. Ironside Enterprise Sdn Bhd, Bercham
  9. Pembangunan SK Meru, Meru
  10. Boon Cheong Station, Taiping
  11. On Hing Fuel Station Sdn Bhd, Lekir
  12. NHH Insan Sdn Bhd, Kulim
  13. Petrobena Ventures Sdn Bhd, Bayan Lepas

Pelbagai aktiviti menarik dan promosi telah dianjurkan, misalnya barangan Caltex percuma untuk setiap pendaftaran Caltex Rewards baharu, promosi istimewa pelincir dan barangan di kedai serta cabutan bertuah dengan pembelian bahan api. Semasa acara di stesen, makanan percuma seperti nasi lemak dan kuih-muih disediakan untuk pelanggan dan gerai khas dibuka oleh vendor dan pembekal untuk menarik minat orang ramai.

Pelanggan berpotensi turut diberi taklimat tentang manfaat StarCard dan pelanggan digalakkan untuk menebus mata ganjaran Kad Journey Caltex mereka. Stesen-stesen juga mengambil inisiatif untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan memberikan pek beras kepada golongan kurang berkemampuan.

Kebanyakan stesen yang mengambil bahagian mencapai lebih daripada 100 pendaftaran Caltex Rewards baharu semasa tempoh kempen. Chevron mengucapkan terima kasih kepada para Rakan Niaga dan Scholfield Sdn Bhd kerana menganjurkan acara yang berjaya ini. Terima kasih juga kepada En Mohd Faiz, En Wan Syamsul, En Wan Syaiful, Cik Wendy, Cik Gan dan En Teoh kerana meluangkan masa untuk menyertai acara ini dan memberi motivasi kepada Rakan Niaga untuk giat berusaha dalam perniagaan mereka.

Hari Penghargaan Pelanggan - Scholfield Sdn Bhd