28 Feb 2025

Mosat Management Services: Hari Penghargaan Pelanggan

Mosat Management Services_BM.jpg

24 Januari 2025, Jumaat - Mosat Management Services Sdn Bhd (Caltex Jalan Semenyih Kajang) menganjurkan Hari Penghargaan Pelanggan bertujuan untuk menarik dan mendaftarkan lebih ramai pelanggan supaya mereka mengetahui tentang Caltex Rewards.

Semasa acara ini berlangsung, stesen telah melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti:-

• Pemberian kuih-muih dan air minuman kepada para pelanggan.

• Mengadakan "Spin the Wheel" untuk pelanggan yang mengisi minyak RM50 ke atas dan berpeluang memenangi hadiah.

Hadiah-hadiah seperti hamper, kereta Caltex Batman dan payung telah disediakan untuk memberi lebih peluang kepada pelanggan membawa balik hadiah.

Hari Penghargaan Pelanggan ini dikendalikan oleh kakitangan stesen sendiri dari pihak pengurusan hingga atendan pam. Syabas kepada semua!

Untuk acara ini, stesen lebih fokus kepada menghargai pelanggan tetap dengan memaklumkan kepada mereka beberapa hari lebih awal untuk datang dan menyertai.

Hari Penghargaan Pelanggan - Mosat Management Services Sdn Bhd