26 Jan 2023

Hari Penghargaan Pelanggan dan Promosi “Fueling Giler” di Jasa Jaya Service Station

JJ_MY.png

10 Disember 2022, Sabtu -- Pemasar Berjenama Scholfield Sdn Bhd bersama Chevron Malaysia dan Scholfield Retailer Action Committee (SRAC) mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan dan Promosi “Fueling Giler” di Jasa Jaya Service Station di Johor Bahru.

Jualan harian Mogas pada hari acara menyaksikan peningkatan yang amat baik, kira-kira 8.9%.

Semasa acara ini, penganjur telah melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti:-

  • Cabutan bertuah untuk setiap pembelian RM40 dan ke atas (Petrol) / RM80 dan ke atas (Biodiesel). Cabutan bertuah menyaksikan 123 pemenang (Petrol) dan 41 pemenang (Biodiesel)
  • Caltex “Fun Truck” untuk mempromosikan promosi semasa “Fuelling Giler”. Seramai 63 orang pelanggan telah menyertai promosi ini pada hari acara.
  • Pemberian barangan secara percuma dari kedai serbaneka Caltex Take 5
  • Pameran kenderaan klasik Volkswagen dari Kelab Volks Johor
  • Pemeriksaan kesihatan percuma dari Klinik Kesihatan Hospital Besar Sultan Ismail, Johor Bahru
  • Gerai promosi yang menawarkan produk pelincir dengan diskaun
  • Promosi RFID kepada pelanggan
  • Gerai produk promosi dari Farm Fresh

Jasa Jaya