14 Apr 2022

Customer First: Tahniah Negeri Johor!

Johor_600x450_MY.jpg

Stesen Johor telah mencapai skor “Customer First” (CF) yang mengagumkan dalam 5 suku terakhir.

Sebagai negeri yang mempunyai rangkaian stesen Caltex kedua terbesar dengan 66 stesen, stesen-stesen Johor secara konsisten mencatatkan lebih 95% dalam penilaian “Customer First” dari P1 2021 hingga P1 2022.

Dalam penilaian P1 2022 baru-baru ini, 94% dari stesen Johor mencapai atau melebihi sasaran 92%. Perkara yang menakjubkan adalah lebih separuh daripada stesen mencapai skor sempurna 100%. Bagi tempoh P4 2021, Johor juga mencatatkan jumlah pemenang All-Stars tertinggi dengan 13 stesen pemenang daripada 52 stesen pemenang di seluruh negara.

Pihak pengurusan Chevron mengucapkan tahniah kepada semua stesen-stesen Caltex Johor atas prestasi cemerlang dan komitmen mereka dalam memberi perkhidmatan pelanggan yang hebat kepada semua pelanggan Caltex.