29 Jun 2023
Chevron dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia membantu mangsa banjir Johor
Chevron Malaysia Limited (CML) bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) menerusi unit Hal Ehwal Korporatnya untuk membantu mangsa banjir Johor akibat musim tengkujuh pada Mac lalu. Kami menyumbangkan RM30,000 kepada MRCS untuk program Inisiatif Sosial (SI) pasca banjir ini, yang membantu 200 keluarga di Segamat dan Batu Pahat mendapatkan pakaian seragam & alat tulis sekolah yang rosak semasa banjir.
Pada 20 Mei, wakil CML dari unit Hal Ehwal Korporat dan Runcit, yang diketuai oleh Richard Tang, bersama-sama dengan Pemasar Berjenama, Scholfield, dan Rakan Niaga dari Stesen Servis Caltex Chaah, berada di SMK Seri Bali, Chaah, untuk mengedarkan pakaian seragam dan baucar alat tulis sekolah, serta beg dan bekas air berjenama Caltex kepada penerima. Pasukan ini juga mengambil peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MRCS, termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak. Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pengerusi MRCS Johor dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Kebangsaan; YBhg. Dato' Haji Rashidi bin Mohd Nor (dalam jaket berwarna merah MRCS).
CML menegakkan salah satu nilai teguh kami untuk membantu komuniti tempat kami beroperasi, dan kami komited untuk memastikan komuniti kami dijaga dalam masa kesukaran.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.