15 Mar 2025

(Video) Caltex Tikam Batu - Program Berkhatan

Caltex Tikam Batu - Program Berkhatan_BM.jpg 21 Januari 2025, Selasa - Semasa cuti sekolah baru-baru ini, Syarikat Yamin (Caltex Tikam Batu) telah mengajurkan Program Khatan Perdana yang bertempat di Berangan Aqua Park untuk meraikan seramai 140 orang kanak-kanak, berusia antara tiga bulan hingga 12 tahun.

Dengan tajaan daripada Pemasar Berjenama Sutera Matra, inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara jenama Caltex dan komuniti setempat, tetapi juga membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan yang mungkin tidak dapat menampung kos prosedur khatan di klinik swasta atau kerajaan.

Seterusnya, para peserta berpeluang menikmati lebih satu jam di taman air sebelum menjalani prosedur tersebut. Bagi mengurangkan kegelisahan mereka, setiap kanak-kanak turut menerima hadiah istimewa seperti kereta kawalan jauh, wang tunai, dan baju-T sebagai tanda penghargaan.

Program ini bukan sekadar sebuah acara perubatan, tetapi juga satu inisiatif komuniti yang membawa makna besar kepada keluarga yang terlibat.

Caltex Tikam Batu - Program Berkhatan