03 Apr 2022
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Banjir akhir tahun baru-baru ini amat dahsyat dan membabitkan ramai rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, amat terharu apabila melihat ramai di antara kami yang turun padang membantu meringankan beban mereka yang dilanda banjir sama ada dari segi bantuan kewangan atau sekadar bantuan dalam pembersihan.
Untuk salah satu Rakan Niaga kami - Syarikat Swee Lee Trading Sdn Bhd di Mentakab, Pahang; banjir tersebut memberi satu pukulan tanpa kasihan. Bukan sekali tetapi dua kali stesen mereka terjejas akibat banjir 2021 - bulan Januari dan sekali lagi pada bulan Disember.
Cik Yap ketika ditanya tentang banjir berkata “19 Disember 2021 akan sentiasa menjadi hari yang terukir dalam ingatan saya kerana ketika itu stesen servis kami dibanjiri air sedalam kira-kira 9 kaki. Secara peribadi, amat menyayat hati saya melihat keadaan stesen servis saya. Namun begitu, kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada rakan kongsi kami Sutera Matra Sdn Bhd, Flowco, Strateq dan Chevron yang bekerja keras untuk membolehkan stesen kami beroperasi menjelang 30 Disember 2021”.
Malah tiga krew Cik Yap masih muncul dalam pakaian seragam mereka untuk membantu membersihkan stesen walaupun rumah mereka sendiri ditenggelami air. Beliau menambah "Wanie dan Ellysa, RBC saya, mengatur bantuan kewangan sebanyak RM2,000 setiap seorang untuk krew saya". Sutera Matra juga segera mengaturi 150 beg susu tepung dan lampin untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan perniagaan Caltex Mentakab.
Cik Yap berkongsi bahawa dia terharu dan bersyukur dengan sumbangan RM11,400 daripada rakan-rakan niaga dalam rangkaian Sutera Matra yang kemudiannya digunakan untuk membeli barangan seperti kabinet dan barangan elektrik untuk 3 krewnya.
Walaupun dengan semua kesukaran, Cik Yap berkata "Banjir ini menyatukan kami dan kami sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang berdiri di samping kami."
Kepada semua yang membantu menyokong pembukaan semula stesen serta mereka yang bermurah hati menderma, anda benar-benar menjiwai semangat perpaduan, kebaikan dan kasih sayang. Tahniah!